Thursday, March 10, 2011

Maafkan Daku.. Babak 1

BABAK 1

“Sampai hati awak buat macam ni pada saya..”

   Lisa hanya mendiamkan diri. Dia tidak mampu untuk berkata apa-apa lagi. Dia berasa sangat sedih dengan apa yang telah berlaku pada hubungannya dengan Idzhar. Selama ini dia sememangnya benar-benar menyintai Idzhar dan tidak pernah mengkhianati Idzhar.

“Selama ini awak tipu saya, khianat saya, dan berpura-pura depan saya. Kenapa awak sanggup buat macam tu pada saya? Sedangkan, selama ini saya betul-betul menyintai awak dan banyak berkorban untuk awak. Saya sanggup kehilangan semuanya untuk awak. Tapi hakikatnya, selama ini saya buta. Rupa-rupanya awak hanya mempermainkan saya.”
  
   Hatinya bertambah sakit apabila mendengarnya. Selama ini dia setia pada idzhar. Selama ini dia jujur pada Idzhar. Selama ini dia bersungguh-sungguh menunjukkan keikhlasannya pada Idzhar. Tapi, mengapa Idzhar mengata begitu? Tidak nampakkah keikhlasan Lisa padanya selama ini?

“Saya sayangkan awak! Saya tak pernah mengkhianati cinta awak!” Air mata Lisa tiba-tiba mengalir membasahi pipinya.

“Ah! Sudah lah! Depan saya awak memang nampak macam perempuan tak bersalah, tapi.. Di belakang saya? Awak boleh buat macam-macam. Bagi saya, semua perempuan sama sahaja!” Idzhar kelihatan sungguh marah. Dia menyesal menyintai Lisa pada selama ini. Pada mulanya, dia sebenar-benarnya mempercayai Lisa. Setelah adik angkatnya menceritakan tentang Lisa yang sebenar, kepercayaannya pada lisa tiba-tiba hilang. Dia sudah penat memikirkan tentang Lisa dan mengambil keputusan untuk meninggalkannya.

“Tak payah nak berlagak macam perempuan suci, Lisa. Sesiapa sahaja boleh berpura-pura. Sudahlah awak.. Jangan mempermainkan perasaan orang lagi..” Idzhar melangkah kakinya hendak meninggalkan tempat itu.

“Nanti!” Lisa menarik tangan Idzhar. “Awak, percayalah saya.. Saya cintakan awak dengan sepenuh hati saya! Semua ni fitnah! Saya tak pernah mengkhianati awak. Saya ikhlas menyintai awak! Percayalah cakap saya, awak..” Pujuk Lisa. Dia tahu semua ini angkara adik angkat Idzhar, Sofia. Dia tahu Sofia tidak menyukainya sejak pertama kali Idzhar memperkenalkannya pada Sofia dan keluarga angkatnya. Sofia amat cemburu akan hubungannya dengan Idzhar.

“Idzhar, tolonglah.. Adik angkat awak sebenarnya tidak suka pada saya. Saya tahu, Sofia sanggup buat apa sahaja semata-mata mahu kami berpisah dan mahu menyenangkan hatinya..” Lisa menangis teresak-esak. Dia sudah berbanyak kali memujuk Idzhar. Tetapi Idzhar masih tidak mahu menerimanya.
   
   Idzhar menjadi terlalu marah apabila adik angkatnya dilibatkan dalam hal ini. Dia tidak suka apabila ada orang menyalahkan atau menuduh adik angkatnya walaupun adik angkatnya itu tidak bersalah. Dengan tanpa perasaan, Idzhar terus menampar Lisa.

“Hei, perempuan! Awak dengar sini! Saya tak suka kalau awak libatkan Sofia dalam hal ni! Jangan sesekali awak nak tuduh bukan-bukan pada Sofia. Dia tidak ada kena mengena dengan hal ini. Sudah, kita putus!” Idzhar terus meninggalkan Lisa berseorangan di pondok yang tersembunyi di taman rekreasi itu. Dia sudah bosan dengan Lisa. Kalau boleh, dia tidak mahu lagi melihat wajah Lisa dan dia mahu Lisa lenyap dari hidupnya.
   
   Lisa kecewa apabila Idzhar sanggup berbuat begitu padanya. Perlahan-lahan dia menyentuh pipinya itu. Pipinya terasa sakit apabila terkena dengan penampar Idzhar. Tetapi hatinya lagi sakit. Terlalu sakit!

“Kita putus!” Kata-kata Idzhar yang terakhir semasa dia hendak meninggalkan Lisa. Masih terngiang-ngiang lagi di telinganya. Dia sudah terlalu kecewa. Dia bingung. Mengapa Sofia sanggup menghancurkan kebahagiaannya dengan Idzhar? Mengapa Sofia hina sangat dengannya?

   Dia tahu, selama ini Idzhar selalu sangat memanjakan adik angkatnya itu. Dia selalu lebih mementingkan Sofia. Pernah sesekali itu, sepupu Idzhar memberitahunya yang Idzhar sebenarnya terpaksa melayan kerenah adik angkatnya itu kerana keluarga angkatnya itu telah banyak menolongnya dan dia mahu membalas budi baik mereka. Dia akan berasa bersalah apabila dia tidak melayan Sofia.

   Tetapi Lisa berasa aneh. Benarkah kata-kata sepupu Idzhar itu? Idzhar dan Sofia kelihatan sungguh rapat dan mereka kelihatan terlalu mesra. Idzhar tidak pernah merungut apabila Sofia memerlukannya.
“Sudah lah, Lisa.. Engkau kena banyak bersabar..” Bisik hatinya. Dia hanya mampu bersabar sahaja. Semua ini adalah dugaanNya.
*******************************************

“ABANG nampak moody je.. Gaduh dengan Kak Lisa lagi ya? Tanya Sofia lalu tersenyum.
   
   Dari tadi Idzhar kelihatan sugul dan asyik membebel berseorangan. Sudah 2 minggu dia kelihatan susah hati dan asyik memikirkan tentang Lisa.

“Hmm?” Idzhar menoleh ke arah Sofia lalu kembali memandang ke arah luar tingkap.

“Abang! Saya tanya ni! Abang kenapa moody je harini???” Tanya Sofia lagi.

   Idzhar menoleh ke arah Sofia lalu menjawab, “Kau menyibuk kenapa?! Suka hati aku lah nak moody ker apa.. Sudah! Abang mahu pulang dulu!” Idzhar kelihatan sungguh marah. Dia terus keluar dari rumah banglo mewah milik keluarga angkatnya itu.

   Sofia terkejut apabila melihat Idzhar naik angin. Hatinya juga terasa apabila Idzhar tiba-tiba memarahinya. Dia pelik melihat gelagat abang angkatnya itu. Mengapa Idzhar tertekan? Dia sudah berpisah dengan Lisa? Sofia tertanya-tanya.

“Sofia! Sofia!” Jerit Puan Siti dari dapur. Sofia segera pergi ke dapur. “Apa yang bising-bising tadi? Idzhar mana?” Tanya Puan Siti. Tadi juga dia terdengar Idzhar memarahi sesuatu.

“Dia dah pulang, ibu..”

“Lah, kenapa dia dah balik tak beritahu dengan ibu?”

“Entah lah, ibu. Tadi dia tiba-tiba marah-marah Sofia.”

“Marah? Marah kenapa? Sofia ada buat apa-apa pada Idzhar?”

“Tadi Sofia just asked something at him, kenapa moody-moody harini? At first, dia buat bodoh. Then, Sofia tanya lagi, dia terus marah-marah Sofia..”

Really? Hmm, biarkan sahaja si Idzhar tu. Esok-esok nanti dia okay la tu..”

   Sofia hanya menganggukkan kepalanya lalu pergi masuk ke dalam biliknya. Dia terus menutup pintu biliknya dengan rapat lalu merebahkan dirinya ke atas katil. Telefon bimbitnya yang terletak di atas meja di sebelah katilnya segera dicapai.

“ Abang Idzhar..” Sebut Sofia apabila melihat gambarnya bersama Idzhar yang tertera di skrin telefon bimbitnya. Sudah 4 tahun keluarga mereka rapat dengan Idzhar. Dahulu semasa mula-mula mereka bertemu, Idzhar merupakan seorang pekerja baru di syarikat ayahnya dan dia berasal dari Singapura. Dia tidak mempunyai sesiapa pun semasa pertama kali dia datang ke Kuala Lumpur. Encik Zulfi, iaitu ayah Sofia, berkawan dengan Idzhar dan lama-kelamaan mereka menjadi rapat. Pada setiap hujung minggu, Encik Zulfi mesti mengajak Idzhar makan malam bersama dengan keluarganya di rumah.
   
   Pada pertama kali juga Encik Zulfi membawa Idzhar makan bersama di rumah, Sofia terjatuh hati dengan jejaka itu. Dia juga sebenarnya sudah lama menyimpan perasaan cinta itu pada Idzhar. Selama ini juga dia bersungguh-sungguh untuk meluahkan perasaan cintanya itu pada Idzhar. Tetapi.. Apabila Lisa muncul dalam hidup Idzhar, Sofia kecewa dan cemburu. Dia amat bencikan Lisa kerana Lisa telah merampas Idzhar daripadanya. Sofia telah mencuba macam-macam cara untuk memisahkan Lisa dengan Idzhar. Tetapi tidak berhasil.

   Tiba-tiba, telemfon bimbitnya berbunyi menandakan 1 SMS telah masuk. Dia segera membacanya.

“Weh, ko tau tak abang angkat ko dah putus dengan Lisa?’

   Sofia terkejut apabila membaca SMS yang dihantar oleh kawan karibnya. Dia seolah-olah tidak sangka dengan apa yang telah berlaku. Dia benar-benar tidak sangka yang cara terakhirnya itu berkesan. “Hooray!” Sorak Sofia keriangan.

  Saat inilah yang paling bahagia. Bahagia kerana Idzhar sudah meninggalkan Lisa. Bahagia kerana tiada sesiapa boleh merampas Idzhar daripadanya lagi. Bahagia kerana tiada sesiapa boleh mengganggu hubungannya dengan Idzhar lagi.

   Tetapi.. Jika Idzhar tidak mempunyai apa-apa perasaan padanya bagaimana? Jika Idzhar menolak cintanya bagaimana? Jika Idzhar mengetahui bahawa semua tentang Lisa yang diceritakan olehnya hanya sekadar fitnah bagaimana? Jika Idzhar tidak mahu memaafkannya setelah dia mendapat tahu tentang itu bagaimana? Sofia tiba-tiba menjadi gelisah.

“Ah! Asalkan aku boleh bahagia! Aku tak boleh biarkan Abang Idzhar tahu perkara yang sebenar!” Ujar Sofia berseorangan di dalam biliknya. Dia perlu membuang perasaan gelisah itu. Sekarang ini, dia perlu mendapatkan abang Idzhar semula.
                                                                                                              Bersambung.........

2 comments:

  1. Good job! walaupun ada tercicir tanda, abjad here & there... overall, for an amatur, you're good! Keep it up Deena. You can be a great writer if you keep on writing. Next time, dah siap tulis... baca sekali lagi, semak sebarang grammar @ typo error, baru post. Go girl! ^_^

    ReplyDelete
  2. hehe, next time i'll check again b4 post. thanks ayour :)

    ReplyDelete