“Dan malam ini,
Aku kecewa. Kecewa apabila melihat gambar pertunangan si dia dengan perempuan idamannya .. Hati ini sakit dengan secara tiba-tiba. Airmata tiba-tiba mengalir membasahi pipi. Sepatutnya aku gembira melihat dia bahagia.. Tetapi mengapa begini? Ya Allah, kuatkanlah diriku ini. Kekalkanlah jodohnya dengan si dia sampai ke akhirat. Aku mahu mereka berbahagia meskipun diriku sendiri terluka, aku masih sayangkan dia, Ya Allah. Buanglah perasaan ini jauh-jauh dariku. Aku tidak mahu ada apa-apa perasaan lagi padanya. Dia sudah dimiliki oleh orang lain.. Dan aku mesti lepaskan dia. Cinta ini tidak semestinya dimiliki”
No comments:
Post a Comment