Sunday, March 27, 2011

Kecewa Menyelubungi Jiwa

“Dan malam ini,
Aku kecewa. Kecewa apabila melihat gambar pertunangan si dia dengan perempuan idamannya .. Hati ini sakit dengan secara tiba-tiba. Airmata tiba-tiba mengalir membasahi pipi. Sepatutnya aku gembira melihat dia bahagia.. Tetapi mengapa begini? Ya Allah, kuatkanlah diriku ini. Kekalkanlah jodohnya dengan si dia sampai ke akhirat. Aku mahu mereka berbahagia meskipun diriku sendiri terluka, aku masih sayangkan dia, Ya Allah. Buanglah perasaan ini  jauh-jauh dariku. Aku tidak mahu ada apa-apa perasaan lagi padanya. Dia sudah dimiliki oleh orang lain.. Dan aku mesti lepaskan dia. Cinta ini tidak semestinya dimiliki” 

Thursday, March 10, 2011

Maafkan Daku.. Babak 1

BABAK 1

“Sampai hati awak buat macam ni pada saya..”

   Lisa hanya mendiamkan diri. Dia tidak mampu untuk berkata apa-apa lagi. Dia berasa sangat sedih dengan apa yang telah berlaku pada hubungannya dengan Idzhar. Selama ini dia sememangnya benar-benar menyintai Idzhar dan tidak pernah mengkhianati Idzhar.

“Selama ini awak tipu saya, khianat saya, dan berpura-pura depan saya. Kenapa awak sanggup buat macam tu pada saya? Sedangkan, selama ini saya betul-betul menyintai awak dan banyak berkorban untuk awak. Saya sanggup kehilangan semuanya untuk awak. Tapi hakikatnya, selama ini saya buta. Rupa-rupanya awak hanya mempermainkan saya.”
  
   Hatinya bertambah sakit apabila mendengarnya. Selama ini dia setia pada idzhar. Selama ini dia jujur pada Idzhar. Selama ini dia bersungguh-sungguh menunjukkan keikhlasannya pada Idzhar. Tapi, mengapa Idzhar mengata begitu? Tidak nampakkah keikhlasan Lisa padanya selama ini?

“Saya sayangkan awak! Saya tak pernah mengkhianati cinta awak!” Air mata Lisa tiba-tiba mengalir membasahi pipinya.

“Ah! Sudah lah! Depan saya awak memang nampak macam perempuan tak bersalah, tapi.. Di belakang saya? Awak boleh buat macam-macam. Bagi saya, semua perempuan sama sahaja!” Idzhar kelihatan sungguh marah. Dia menyesal menyintai Lisa pada selama ini. Pada mulanya, dia sebenar-benarnya mempercayai Lisa. Setelah adik angkatnya menceritakan tentang Lisa yang sebenar, kepercayaannya pada lisa tiba-tiba hilang. Dia sudah penat memikirkan tentang Lisa dan mengambil keputusan untuk meninggalkannya.

“Tak payah nak berlagak macam perempuan suci, Lisa. Sesiapa sahaja boleh berpura-pura. Sudahlah awak.. Jangan mempermainkan perasaan orang lagi..” Idzhar melangkah kakinya hendak meninggalkan tempat itu.

“Nanti!” Lisa menarik tangan Idzhar. “Awak, percayalah saya.. Saya cintakan awak dengan sepenuh hati saya! Semua ni fitnah! Saya tak pernah mengkhianati awak. Saya ikhlas menyintai awak! Percayalah cakap saya, awak..” Pujuk Lisa. Dia tahu semua ini angkara adik angkat Idzhar, Sofia. Dia tahu Sofia tidak menyukainya sejak pertama kali Idzhar memperkenalkannya pada Sofia dan keluarga angkatnya. Sofia amat cemburu akan hubungannya dengan Idzhar.

“Idzhar, tolonglah.. Adik angkat awak sebenarnya tidak suka pada saya. Saya tahu, Sofia sanggup buat apa sahaja semata-mata mahu kami berpisah dan mahu menyenangkan hatinya..” Lisa menangis teresak-esak. Dia sudah berbanyak kali memujuk Idzhar. Tetapi Idzhar masih tidak mahu menerimanya.
   
   Idzhar menjadi terlalu marah apabila adik angkatnya dilibatkan dalam hal ini. Dia tidak suka apabila ada orang menyalahkan atau menuduh adik angkatnya walaupun adik angkatnya itu tidak bersalah. Dengan tanpa perasaan, Idzhar terus menampar Lisa.

“Hei, perempuan! Awak dengar sini! Saya tak suka kalau awak libatkan Sofia dalam hal ni! Jangan sesekali awak nak tuduh bukan-bukan pada Sofia. Dia tidak ada kena mengena dengan hal ini. Sudah, kita putus!” Idzhar terus meninggalkan Lisa berseorangan di pondok yang tersembunyi di taman rekreasi itu. Dia sudah bosan dengan Lisa. Kalau boleh, dia tidak mahu lagi melihat wajah Lisa dan dia mahu Lisa lenyap dari hidupnya.
   
   Lisa kecewa apabila Idzhar sanggup berbuat begitu padanya. Perlahan-lahan dia menyentuh pipinya itu. Pipinya terasa sakit apabila terkena dengan penampar Idzhar. Tetapi hatinya lagi sakit. Terlalu sakit!

“Kita putus!” Kata-kata Idzhar yang terakhir semasa dia hendak meninggalkan Lisa. Masih terngiang-ngiang lagi di telinganya. Dia sudah terlalu kecewa. Dia bingung. Mengapa Sofia sanggup menghancurkan kebahagiaannya dengan Idzhar? Mengapa Sofia hina sangat dengannya?

   Dia tahu, selama ini Idzhar selalu sangat memanjakan adik angkatnya itu. Dia selalu lebih mementingkan Sofia. Pernah sesekali itu, sepupu Idzhar memberitahunya yang Idzhar sebenarnya terpaksa melayan kerenah adik angkatnya itu kerana keluarga angkatnya itu telah banyak menolongnya dan dia mahu membalas budi baik mereka. Dia akan berasa bersalah apabila dia tidak melayan Sofia.

   Tetapi Lisa berasa aneh. Benarkah kata-kata sepupu Idzhar itu? Idzhar dan Sofia kelihatan sungguh rapat dan mereka kelihatan terlalu mesra. Idzhar tidak pernah merungut apabila Sofia memerlukannya.
“Sudah lah, Lisa.. Engkau kena banyak bersabar..” Bisik hatinya. Dia hanya mampu bersabar sahaja. Semua ini adalah dugaanNya.
*******************************************

“ABANG nampak moody je.. Gaduh dengan Kak Lisa lagi ya? Tanya Sofia lalu tersenyum.
   
   Dari tadi Idzhar kelihatan sugul dan asyik membebel berseorangan. Sudah 2 minggu dia kelihatan susah hati dan asyik memikirkan tentang Lisa.

“Hmm?” Idzhar menoleh ke arah Sofia lalu kembali memandang ke arah luar tingkap.

“Abang! Saya tanya ni! Abang kenapa moody je harini???” Tanya Sofia lagi.

   Idzhar menoleh ke arah Sofia lalu menjawab, “Kau menyibuk kenapa?! Suka hati aku lah nak moody ker apa.. Sudah! Abang mahu pulang dulu!” Idzhar kelihatan sungguh marah. Dia terus keluar dari rumah banglo mewah milik keluarga angkatnya itu.

   Sofia terkejut apabila melihat Idzhar naik angin. Hatinya juga terasa apabila Idzhar tiba-tiba memarahinya. Dia pelik melihat gelagat abang angkatnya itu. Mengapa Idzhar tertekan? Dia sudah berpisah dengan Lisa? Sofia tertanya-tanya.

“Sofia! Sofia!” Jerit Puan Siti dari dapur. Sofia segera pergi ke dapur. “Apa yang bising-bising tadi? Idzhar mana?” Tanya Puan Siti. Tadi juga dia terdengar Idzhar memarahi sesuatu.

“Dia dah pulang, ibu..”

“Lah, kenapa dia dah balik tak beritahu dengan ibu?”

“Entah lah, ibu. Tadi dia tiba-tiba marah-marah Sofia.”

“Marah? Marah kenapa? Sofia ada buat apa-apa pada Idzhar?”

“Tadi Sofia just asked something at him, kenapa moody-moody harini? At first, dia buat bodoh. Then, Sofia tanya lagi, dia terus marah-marah Sofia..”

Really? Hmm, biarkan sahaja si Idzhar tu. Esok-esok nanti dia okay la tu..”

   Sofia hanya menganggukkan kepalanya lalu pergi masuk ke dalam biliknya. Dia terus menutup pintu biliknya dengan rapat lalu merebahkan dirinya ke atas katil. Telefon bimbitnya yang terletak di atas meja di sebelah katilnya segera dicapai.

“ Abang Idzhar..” Sebut Sofia apabila melihat gambarnya bersama Idzhar yang tertera di skrin telefon bimbitnya. Sudah 4 tahun keluarga mereka rapat dengan Idzhar. Dahulu semasa mula-mula mereka bertemu, Idzhar merupakan seorang pekerja baru di syarikat ayahnya dan dia berasal dari Singapura. Dia tidak mempunyai sesiapa pun semasa pertama kali dia datang ke Kuala Lumpur. Encik Zulfi, iaitu ayah Sofia, berkawan dengan Idzhar dan lama-kelamaan mereka menjadi rapat. Pada setiap hujung minggu, Encik Zulfi mesti mengajak Idzhar makan malam bersama dengan keluarganya di rumah.
   
   Pada pertama kali juga Encik Zulfi membawa Idzhar makan bersama di rumah, Sofia terjatuh hati dengan jejaka itu. Dia juga sebenarnya sudah lama menyimpan perasaan cinta itu pada Idzhar. Selama ini juga dia bersungguh-sungguh untuk meluahkan perasaan cintanya itu pada Idzhar. Tetapi.. Apabila Lisa muncul dalam hidup Idzhar, Sofia kecewa dan cemburu. Dia amat bencikan Lisa kerana Lisa telah merampas Idzhar daripadanya. Sofia telah mencuba macam-macam cara untuk memisahkan Lisa dengan Idzhar. Tetapi tidak berhasil.

   Tiba-tiba, telemfon bimbitnya berbunyi menandakan 1 SMS telah masuk. Dia segera membacanya.

“Weh, ko tau tak abang angkat ko dah putus dengan Lisa?’

   Sofia terkejut apabila membaca SMS yang dihantar oleh kawan karibnya. Dia seolah-olah tidak sangka dengan apa yang telah berlaku. Dia benar-benar tidak sangka yang cara terakhirnya itu berkesan. “Hooray!” Sorak Sofia keriangan.

  Saat inilah yang paling bahagia. Bahagia kerana Idzhar sudah meninggalkan Lisa. Bahagia kerana tiada sesiapa boleh merampas Idzhar daripadanya lagi. Bahagia kerana tiada sesiapa boleh mengganggu hubungannya dengan Idzhar lagi.

   Tetapi.. Jika Idzhar tidak mempunyai apa-apa perasaan padanya bagaimana? Jika Idzhar menolak cintanya bagaimana? Jika Idzhar mengetahui bahawa semua tentang Lisa yang diceritakan olehnya hanya sekadar fitnah bagaimana? Jika Idzhar tidak mahu memaafkannya setelah dia mendapat tahu tentang itu bagaimana? Sofia tiba-tiba menjadi gelisah.

“Ah! Asalkan aku boleh bahagia! Aku tak boleh biarkan Abang Idzhar tahu perkara yang sebenar!” Ujar Sofia berseorangan di dalam biliknya. Dia perlu membuang perasaan gelisah itu. Sekarang ini, dia perlu mendapatkan abang Idzhar semula.
                                                                                                              Bersambung.........

Tuesday, December 21, 2010

Maafkan saye, awak..

Awak..


 Awak, saya tak berniat pun nak hancurkan hidup awak.. I just want to make you happy. Saya tau la saya ni siapa. Saya minta maaf, wak.. Saya tak berniat pun macam tu. Saya sedar apa yang saya dah buat kat awak. Tapi tolonglah.. Saya tak nak kehilangan awak. Awak penting dalam hidup saya. It feels sucks when I hurt your feelings..



Awak..


   Saya tak boleh wak.. Walaupun awak dah maafkan saya, saya still x puas hati. Saya tahu, awak masih belum maafkan saya sepenuhnya. Saya tahu kesalahan saya tu besar sangat kat awak. Saya merayu wak.. Tolonglah berilah saya peluang lagi. Saya tak nak putus hubungan dengan awak.. Saya tak boleh hidup tanpa awak. Saya merayu sangat2.. Please, I really care about you. Sekarang, saya dah tau apa itu CINTA. 






Wak..

    
    Saya menyesal, awak.. Saya betul-betul menyesal. Saya tahu awak dah kecewa sangat-sangat. Tapi please la.. Berilah saya peluang lagi. Selama bergaduh dengan awak, hati saya tak tenang, saya tak boleh nak tido, saya tak boleh nak makan. Setiap malam saya menangis.. Saya merayu awak.. Saya tak nak kecewakan awak lagi. Saya nak jaga hati awak, saya nak jaga perasaan awak. Saya bukannya memainkan perasaan awak selama ni. Saya sayangkan awak.







    Pada mulanya, saya memang nak akui kesalahan saya.. Tapi saya takut, wak. Saya takut awak takkan maafkan saya. Saya tak berani awak.. Akhirnya, saya memberanikan diri untuk memberitahu perkara yang sebenar kat awak. Saya tak nak simpan lagi.. Saya nak awak tau. Sebelum saya bagi tau awak, saya berharap supaya awak masih boleh menerima saya lagi. Tapi.. Pada malam tu jugak awak marah-marah saya and awak cakap awak takkan maafkan saya. Pada malam tu juga saya tak boleh nak tido. Saya menangis-nangis wak, 1 malam tak boleh nak tdo tu. Esoknya, saya langsung tak boleh nak makan. Tiba-tiba awak cakap, awak dah maafkan saya. But still, saya masih tak faham. Takkan tiba-tiba macam tu pulak.. Saya tahu masa tu, awak masih belum maafkan sepenuhnya..







Tapi awak..


     Bukan maknanya hidup awak hancur selama-lamanya.. Awak masih boleh bangun dan perbaiki semula. InsyaAllah, wak.. Things will get better. Dengarlah cakap saya wak.. Saya tak nak awak give up macam tu. Awak give up pun xde manfaatnye. You still got chances.. Trust me, wak.. Saya merayu. Saya tak nak awak macam tu.. Saya nak awak bersemangat. Setiap hidup pasti ada ujian. Ini semua adelah ujian Tuhan. Tuhan yang tentukan semuanya.







Saya merayu..


    Mungkin sekarang ni awak tak boleh nak fikir.. Awak perlukan masa kan? Tak apa.. Saya boleh tunggu. Tapi saya berharap sangat awak.. Saya tak nak awak tinggalkan saya. Awak penting dalam hidup saya. Saya nak awak dengan saya macam dulu lagi. Saya tak nak putus hubungan dengan awak. I REALLY CARE ABOUT YOU.. YOU ARE IMPORTANT IN MY LIFE NOW. WITHOUT YOU, MY LIFE WOULD BE INCOMPLETE. MAAFKAN SAYA, WAK.. SAYA MERAYU.. 



   



Friday, December 17, 2010

There's a lot of fish in the pond :)

Well, this is just a story. Not real~ Maaf jika ade banyak kesalahan tatabahasa.. Hehe, just testing :) I know my tatabahasa sucks


Pada suatu petang di tepi sebuah tasik..


   Fiqah termenung-menung. Hatinya kecewa apabila teman lelakinya seolah-olah tidak mahu mengambil kisah tentangnya lagi dan sering mengelakkan diri apabila Fiqah mahu mendekatinya. Bukan itu sahaja, teman lelakinya juga sering menyakiti hatinya. Fiqah bingung. Dia tidak tahu apa salahnya sehingga teman lelakinya berkelakuan pelik terhadapnya.

"Arghhhh!!! Kenapa?"



  Tiba-tiba, Hidayah, iaitu rakan karibnya muncul dengan membawa dua air kotak lychee Drinho. Gadis itu tersenyum melihat rakannya yang sedang termenung-menung itu. Lalu, Hidayah duduk di sebelahnya dan menghulurkan air kotak itu kepadanya.

"Aku tak faham.. Kenapa dia buat kat aku camtu??"

  Hidayah menggeleng-gelengkan kepalanya.. Sudah seminggu lebih kawannya itu tension dengan boyfriendnya.. "Beb, buang mase je ko tunggu mamat tu. Dah mamat tu sakitkan hati ko, tinggalkan je lah and move on. There's a lot of fish in the pond!" Ujarnya.

  Berkerut dahi Fiqah apabila mendengarnya. Dia bangun lalu.. "Kau cuba lah tengok kat tasik ni.. Ade banyak ikan ker?! Air pun takde, nak kata ikan banyak. Err.."

"Minah ni memang tak faham.."


What I wanna say is.. Don't give up in love. You still got chance and ramai lagi aweks or mamats kat dunia ni :)





Sunday, November 14, 2010

2nd day of school holiday..

Hallo und Assalamualaikum..


       Today, it is the second day of school holiday. I'm really bored. Super duper bored~ This two days without school, friends, and him.. Urhghhhh! Don't know what to do.

      I'm also trying to find some good activities on this school holiday too. But, nothing works.. It makes me more sick and super bored. I really miss my friends, him, and school. Baru petang tadi dapat mesej dari kawanku, Anissa. She texted me; 'How? ko diterima masuk ke Nusa Damai? bye! :*' Ohh, betapa gembiranya aku bila dapat mesej dari kawan aku! Bila balas, x reply balik.. Hmmmm

     Tadi aku pun try nak call si dia.. Tapi malangnya, phonenya mati.. Ni lagi geram! Aku dah pesan awal-awal dah supaya stand by.. Maybe dia lupa kot~ Ah, forget it. Harap satu hari nanti dia jawab call aku~

    Hmmm, aku sebenarnya try nak hasilkan sebuah cerpen.. Tapi~ Makin jauh menulis, makin banyak merepek merabannye. =,=' It's ok.. I'm trying to study again.

   Ok lah, ni je kot. Saje nak update :) bye..

  

Tuesday, November 9, 2010

Am I Going Or Not?

Good morning and Assalamualaikum...


       I woke up very early this morning.. (Rajin kan?!) My mother woke me up first at 6.05 a.m then, I sleep again and my mom woke me up again at 6.45 a.m. She woke me up early in the morning because she wants me to do Subuh prayer. (Huhu, jarang solat subuh.. hehe) I usually woke up at 8.30 a.m or something. (D'oh, my english sudah teruk!)

     Hmm, about the post that I've posted in a few days ago, it still haven't confirmed yet. Arghhhh! I'm really confused now. First, my mom said, it's confirmed. Then, she said, she don't know and still haven't confirmed yet. (Apa ni?!) I really don't know laa.. Kalau tak jadi, buang mase je bersedih-sedih sampai posting2, buat goodbye party and bagi surat kat M. Huhuhu =,=' . 

   Tapi kalau tak jadi, ok la tu.. huhu :) . Coz I don't want to leave SMKPG



     

Wednesday, November 3, 2010

Goodbye everything in SMKPG

Hello and Assalamualaikum..



       I got a sad news today. My mom asked PPD tu transfer me to another school in Nusa Damai. I am very unhappy and kinda blanked. I can't believe that I'm going to leave SMKPG. Rasa macam berat hati je. (Walaupun baru first year) I'm sure I'm going to leave everything in that school. Especially my friends, M, my teachers, my class, and everything!

     I will start studying at there next year. Hm, segalanya akan berubah nanti. Aku bertuah dapat jumpe Pris, Nissa, Fatihah and the others. Korang dah banyak tolong aku and berkorban untuk aku. Trimas kerana menjadi kawan-kawan setia aku. I hope aku dapat jumpe kawan-kawan baru macam diorang nanti. And also, M. He's such a good friend too. Walaupun dapat mengenali dirimu hanya seketika, thanks for being my friend. (hehe, kawan?!). I hope aku dapat jumpa macam orang tu gak nanti bila kat sekolah baru.

    To my classmates, 1 KRK 1, my teachers and sesiapa kenal aku kat SMKPG, thanks for everything although baru je setahun. Pesanan untuk classmates aku, I'm sorry sangat2 pasal haritu. Aku takde niat nak buat cmtu kat korang. Just Nava tu mulutnye mcm &%$#@! Hope korang berjaya selalu. To the boys, minte maaf kalau ade salah silap. To my teachers, thanks for everyhing :) Saya takkan lupakan jasa-jasa korang semua. Hope you guys always pray for my success. Mintak maaf lah kalau ade buat silap kat korang.

   Before that, there's a few things yang aku tak puas hati kat sekolah tu. Hehe :

1. Servis kantin buruk gilerr. kotor lak tuh

2.Aku tak suke ngan sorang budak tu. Thanks la buat fitnah pasal aku. Aku takkan lupekan.

3.Ade sorang ckgu kaunseling tu tak reti nak jaga rahsia orang. Aku dah hilang kepercayaan kat kaunseling. &%$#!

   Hm, okey lah. That's all. Goodbye SMKPG. The best school in Pasir Gudang that I won't forget. :) I won't forget all the sweet memories too.



(LOL :D )






       (FYI, the song. haha)